runtuhnya sebuah dosa .....

mula2 harini.. kami semua went to the mine's shopping center,,  balik dah malam ,, then bukak tv ade cerita BFF ,, lepas cerita tu sambung cerita  RUNTUHNYA SEBUAH DOSA... humm sedih jugak cerita ny ,,sampai menangis dibuatnye,, ny dia sinopsis cerite ni :>

Sinopsis telefilem Runtuhnya Sebuah Dosa

Tragedi tanah runtuh telah menjadi titik baru di dalam kehidupan dua keluarga yang menjalani kehidupan yang berbeza. Shahdan mengahwini Manisa dan mempunyai dua anak iaitu Emelda dan Daniel. Mereka menjalani kehidupan yang sosial manakala Mansur berkahwin dengan Cempaka dan dikurniakan dua anak iaitu Rashidi dan Amira.


Cempaka begitu tabah menghadapi kematian Mansur akibat tragedi itu namun Manisa tidak dapat menghadapi kematian Shahdan. Setelah terjaga dari koma Emelda menginsafi segala perbuatannya dan dia mula rapat dengan Rashidi yang membantunya ke jalan yang benar. Namun Danial tidak dapat menerima perubahan dalam diri Emelda tetapi segalanya berubah setelah dia mendapat bayangan arwah bapanya.

Runtuhnya Sebuah Dosa ditayangkan pada 5 Februari 2012 pukul 10.00 malam di TV3.

Antara pelakon hebat yang membintangi telefilem Runtuhnya Sebuah Dosa arahan Erma Fatima ini antaranya Tiz Zaqyah, Puteri Fatin, Beto Kusyairy, Remy Ishak, Aziz Singah, Azizah Mahzan, Datuk Rahim Razali, Liza Zain

back to TOP

No comments: